Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan nama pembantu jurulatih tempatan untuk Skuad Harimau Malaya bakal diumumkan pada hari Selasa atau Rabu ini.

Walaupun sudah mempunyai pembantu jurulatih dari Sepanyol namun Kim Pan-gon memerlukan khidmat pembantu jurulatih dari Malaysia untuk membantunya mengenali pemain tempatan serta budaya bola sepak negara.

Jurulatih tempatan yang dilantik juga perlu membantu Pan-gon memanggil pemain terbaik yang akan membawa cabaran negara dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada bulan Jun ini.

Antara calon jurulatih tempatan tersebut ialah adalah bekas pengendali Kedah Darul Aman dan Kelantan, Azraai Khor Abdullah, bekas ketua jurulatih Melaka United dan Selangor, Zainal Abidin Hassan, jurulatih Sarawak United, E.Elavarasan, Wan Rohaimi, Firdaus Tan Abdul Aziz, Wan Mustafa dan Ismail Ibrahim.

“Insya-Allah, pada hari Selasa atau Rabu ini akan diumumkan nama pembantu jurulatih tempatan itu.

“Pemilihan dibuat Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan diikuti Pan Gon dan mereka ini adalah individu dalam FAM, jadi pemilihan mereka adalah keputusan FAM,” katanya Datuk Hamidin dipetik dalam Berita Harian. 

Minggu lalu, FAM telah memperkenalkan telah mengumumkan senarai barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya yang baharu di bawah kendalian Kim Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi).

“Saya berharap agar barisan kejurulatihan ini diberi masa untuk kami membina asas kukuh terlebih dahulu dan bergerak ke hadapan ke arah matlamat kami dengan memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar.

“Seperti yang saya tahu bahawa moto negara Malaysia ialah “perpaduan adalah kekuatan”. Saya percaya jika semua boleh bersatu bersama-sama kami dengan sokongan dan kepercayaan anda semua, kita akan berjaya untuk mencapai matlamat kita,” kata Kim Pan-gon.

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan Gon ini dijadual bertemu Filipina pada 23 Mac 2022 dan bertemu Singapura pada 26 Mac 2022, kedua-duanya di Singapura sebagai persiapan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

RASMI: Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

Datuk Hamidin Jelaskan Sebab Sebenar Sumareh Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan

Kim Pan-gon Mula Tugas Latih Harimau Malaya Pada Bulan Mac 2022